Isnin, 9 Disember 2013

tambah kelajuan bukaan start menu


Jika anda klik pada menu Start, kelajuan/paparan menu tersebut dibuka adalah agak lambat dan mengambil masa. Ini adalah ketetapan asal yang telah ditetapkan oleh pihak Microsoft itu sendiri. Mengambil masa maksud disini ialah bukannya sehingga seminit lebih tetapi dalam beberapa saat sahaja.


Andainya anda berminat untuk mengurangkan lagi masa yang diambil untuk membuka menu Start, apa yang perlu anda lakukan ialah klik Start->Run dan taipkan arahan berikut, Regedit. Cari kekunci folder HKEY_CURRENT_USER\Control Panel\Desktop kemudian double klik pada "MenuShowDelay" . Nilai asal ialah 400, tukarkannya pada nilai 0. Sekiranya anda tidak menjumpai item "MenuShowDelay", ciptakannya dengan klik butang kanan tetikus pada mana-mana bahagian di registri editor tersebut dan klik New->String Value. Masukkan nilai 0. Restart komputer anda.






Sekiranya teknik pada bhgn 1 masih tidak menjadi atau tidak cukup laju, apa yang perlu anda lakukan ialah jangan ubah ketetapan yang telah dilakukan pada bhgn 1, tetapi anda perlu ubah pada menu Start itu sendiri.


Klik butang kanan tetikus pada desktop komputer anda, klik Display Properties->
Appearance->Effect-> nyahaktifkan/buang tanda item "Show shadow under menus" yang diberi. Anda akan dapati, keseluruhan prestasi menu Start sangat jauh berbeza dari yang asal


Tiada ulasan:

Catat Ulasan